heder1

 photo headercopy_zps723c4858.jpg

Thursday 14 March 2013

SUDU, GARPU, CAWAN, GELAS DAN PINGGAN MANGKUK PUNCA JANGKITAN PENYAKIT


RENCANA KESIHATAN:- Kita tidak sedar bahawa jangkitan penyakit senang berlaku akibat sudu dan gelas minuman.Semakin meluasnya pembukaan penempatan baru, perumahan awam dan rumah kedai, semakin berkembangnya peluang perniagaan, terutama restoran dan warong tumbuh bercambah umpama cendawan. Disamping peluang perniagaan restoran dan warong yang meluas dan merupakan satu punca pendapatan, kita sebenarnya tidak pernah terfikir bahawa pembiakan dan jangkitan penyakit begitu mudah menular dari seorang keseorang yang lain.

Penggunaan sudu dan garpu juga cawan dan gelas minuman di restoran silih berganti dari seorang keseorang pelanggan. Sebenarnya tidak banyak restoran dan warong mementingkan kebersihan terutama tentang sudu, garpu, cawan dan gelas. Mereka mencuci lebih kurang saja dengan meletakan yang kotor pada air dalam satu bekas yang telah digunakan berulang-ulang.

Penggunaan sabun pencuci sebenarnya tidak begitu bersih malah bahan kamikal pada sabun pencuci tersebut tidak mustahil lekat pada sudu, cawan dan gelas. Bayangkan seorang pesakit kusta, demam, batuk, selsema, dan sebagainya makan dan minum di restoran yang kita lihat bersih depan mata, kemudian bekas mereka ini tidak dicuci dengan sebersih-bersihnya, lalu selepas itu kita yang menggunakannya.

Sebaik mungkin selepas sudu, garpu, cawan, gelas dan pinggan dicuci dengan bersih hendaklah di rendam dalam air panas bertujuaan mematikan kuman. Barulah peralatan tersebut boleh diguna untuk orang lain. Cara selamat untuk kita makan dan minum di restoran, ialah dengan membawa sudu dan garpu sendiri. Bagi minuman kita boleh membeli minuman dalam bentuk tin, botol dan kotak.
  

Disamping mencuci tangan adalah perkara yang amat penting, pastikan peralatan untuk tujuan makan dan minum hendaklah bersih dari dedahan kuman dan bakteria. 


Penggunaan sudu, cawan dari bahan gantian palstik sebenar tidak baik kerana peralatan tersebut diperbuat dari bahan sisa-sisa buangan yang di kitar semula... Elakan diri kita daripada perkara yang sering kita tidak sedar dan ambil lewa sahaja daripada jadi punca jangkitan penyakit...

No comments:

Post a Comment