heder1

 photo headercopy_zps723c4858.jpg

Tuesday 19 March 2013

Coretan Hati Qalam Bertinta "TRAGEDI" indah tulisannya.


https://www.facebook.com/mohdmusa.mohdyusop
Qalam Bertinta
   
     TRAGEDI

    Akan kujadikan kisah ini
    sebagai satu tragedi
    tragedi sebuah cinta
    yang pernah kita bina
    dari setiap rasa percaya yang ada
    namun rebah bersama janji yang termungkir.

    Akan kutitipkan kisah ini
    di juzuk bumi ketujuh
    agar ianya kekal
    dan sentiasa ada di situ
    di waktu-waktu
    aku ingin kembali mengenangnya.

    Akan kupotretkan wajah kenangan itu
    dalam setiap memori hidupku
    supaya pada setiap hari-hariku
    kenangan itu akan sentiasa bersamaku
    mengiringi akan setiap detak jantungku
    kerana kenangan itu
    terlalu indah untuk kulupakan.

    Dan yang pastinya
    di kenangan itu
    ada kamu!... .

    Qalam Bertinta
    16032013
    1049am

No comments:

Post a Comment